Story Of My Life
ABOUT ENTRY LINKS TWITER FACEBOOK INSTAGRAM
Yasmin Hunwick : AL fatihah ..
Sunday 17 June 2012 • 01:29 • 0 Girl(s)
Sumber.Nurizspace.com


Petanda dia sebelum meninggal arwah Yasmin ada mengupload gambar ini, arwah seperti tahu saja dia akan pergi buat selamanya, dia seronok membaca buku berkenaan dan juga bercerita dia takut untuk tidur malam kerana sering bermimpi buruk.






Yasmin Hunwick bukan popular macam Hanis Zalikha tetapi jika korang masuk dan baca cerita di blog peribadinya anda akan kenal siapa dia. aku masih lagi terkejut dan tergamam dengan berita ini, bagaikan mimpi. aku dapat tahu cerita pasal dia pun dari kawan aku, Faizal. Thanks faizal share info about her :> Yasmin merupakan anak sulung keluarga cik Johan dan dia selalu memuatnaik gambar keluarga dan video dia bermain dengan adik adiknya, video dia praktik latihan piano dan mcm mcm lagi. Yasmin sangat berbakat dan comel. Memandangkan dia dari kacukan English dan melayu dia dilihat pelik di tempat dia tinggal, siapa sangka wajah comel anak kacukan english ni pandai bercakap loghat Kedah/utara pekat kerana bapanya dari Penang.
Di twitter nama Yasmin J Hunwick kini menjadi trending, ramai yang bersimpati dan sedih dengang kehilangan Yasmin.
Yasmin berusia 17 tahun akan ambil exam SPM tahun ni . Dalam blognya dia teruja kerana sudah pandai bertwitter dan sukakan instagram kerana itu dia selalu berkongsi gambar dengan rakan rakan di twitter.
Yasmin last post artikel di blognya pada 2 Jun



Takziah kepada keluarga encik Johan Eusoff dan keluarga , Al Fatihah.


Ini berita kemalangan langgar lari dari Harian Metro

LANGKAWI: Tiga remaja perempuan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah van di simpang lampu isyarat Lebuhraya Kuah di sini, tengah malam tadi.
Pegawai Penyiasat Polis Trafik Langkawi Insp Fairus Mohd Ghazi berkata ketiga-tiga mangsa iaitu Yasmin Suhari, 17, Nor Hazwani Mansor, 16, dan Nur Afipah Aaina Ridzuan, 19, berasal dari Kuah dan merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri di sini.
“Mereka yang menaiki sebuah motosikal dari arah lampu isyarat Sungai Menghulu bertembung dengan sebuah van dari arah Batu Asah di simpang berkenaan kira-kira jam 12 tengah malam tadi,” katanya hari ini.
Katanya ketiga-tiga mangsa mengalami cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Mayat mereka dibawa ke Hospital Langkawi untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing hari ini, manakala enam orang yang menaiki van tidak mengalami sebarang kecederaan. – Bernama

Biodata Yasmin Johan Eusoff
Nama Sebenar : Yasmin Johan Eusoffe
Nama Famous Samaran : Yasmin J Hunwick
Tarikh Lahir : 22.2.1995
Asal : Georgetown, Penang
Menetap : Langkawi, Kedah
Status : Yang pasti aku tak kahwin lagi.
Seorang yang : periang , tidak suka perkara remeh temeh , suka berkawan , agak kasar , open-minded , pendiam pada mulanya berkawan tapi akan menggila kemudian , pemain piano , catur , arimathical ,cheerleader.
Tinggi : 164 cm
Berat : 43.2kg
Ciri ciri Fizikal : sangat kurus , berdarah kacukan melayu-inggeris , berjerawat pasir -..-

Facebook : Yasmin J Hunwick / Yasmin J Hunwick II

Blog Yasmin
http://misschronicz.blogspot.com/

Astagfirullahalazim..amatlah terkejut aku bila dengar cerita sedih ini..arwah cantik..pandai main alat muzik lagi..sempat jugak aku layan muzik yang dia main..hummm..tapi Allah lebih sayangkan dia..Amin..semoga kamu di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman . AL FATIHAH


PAST • FUTURE
Bonjour!


Hey! My name is Aura. I'm 12 Years Old. Welcome to my sweet bloggie^^

Say Hi!

" Change with yours "

Memories

  • ♥Terengganu♥
  • The Broken Heart
  • New Life , New Blog :)
  • 30 Perkara Perempuan tak Sempat Bagitau Lelaki :)
  • Cinta ♥ Jiwang
  • Bad Mood !!
  • Senarai Pemenang ABPBH Ke-25 Tahun . Tahniah Aaron...
  • Busyyyyyyyyyyy ):
  • Saudara/i , Tahniah kerana anda dipilih Tawaran Be...
  • Belajar Cinta Dari Cicak

  • Thanks!

    Basecode :AuraSabrina
    Basecode :Masterly_elmo
    Pictures : We Heart It