Story Of My Life
ABOUT ENTRY LINKS TWITER FACEBOOK INSTAGRAM
Belajar Cinta Dari Cicak
Wednesday 28 March 2012 • 06:53 • 1 Girl(s)

Ada seorang lelaki ni . Dalam rancangan nak "me-renovate" kan rumah usangnya . Ahaaa . Biasalah , kalau dah kata rumah usang tu , mesti lah korang bayangkan rumah kayu yang buruk and lapuk kan ? Err . Ye ke . Ke Yuyu sorang je yang terbayang gitu ? muahhaha .

Sedang lelaki itu membelek kayu-kayu buruk kat bawah rumah tu , lelaki tu ternampak seekor cicak yang terperangkap di bahagian celah-celah ruang yang kosong tu sebab kakinya melekat pada sebuah surat .

Dia rasa kesian lalu mengangkat cicak itu keluar daripada ruang kosong tu . Tanpa fikir panjang , lelaki tu pun membuka surat itu dan ternyata surat tersebut telah berada di situ 10 tahun yang lalu yang ketika rumah itu pertama kali dibuat . Erghh ~

Haaa . Apa yang jadi ? Macam mana cicak tu boleh bertahan dalam kedudukan terperangkap dalam masa 10 tahun ? Dalam keadaan gelap 10 tahun , tanpa bergerak sedikitpun , merupakan sesuatu yang mustahil dan serius , tak masuk dek akal !

Lelaki tu , terfikir .. Macamana cicak tu dapat bertahan hidup selama 10 tahun tanpa berpindah dari tempatnya sejak kakinya melekat pada surat itu . Macam mana dia makan ? Arghh . Buntu bila memikirkannya !

Lelaki tu pun terus perhatikan cicak tu . Apa yang dia buat dan dimakannya hingga dapat bertahan ?? Kemudian , tak tahu dari mana datangnya , seekor cicak lain muncul dengan makanan di mulutnya . Arghhhh !!

Lelaki tu rasa terharu gilerr ah kan bila tengok hal tu . Ternyata ada seekor cicak lain yang selalu memerhatikan cicak yang terperangkap itu selama 10 tahun . Wowwww ! o.O

Sungguh ini sebuah cinta , cinta yang indah . Cinta dapat terjadi juga kepada binatang yang kecil seperti dua ekor cicak tadi . apa yang dapat dilakukan oleh cinta ? Tentu sahaja sebuah keajaiaban . Bayangkan , cicak tu tak pernah pun menyerah dan tak pernah berhenti memerhatikan pasangannya selama 10 tahun . Bayangkan bagaimana binatang sekecil itu dapat memiliki kurniaan yang begitu mengagumkan !

#Jangan Pernah Mengabaikan Orang Yang Anda Kasihi :)

PAST • FUTURE
Bonjour!


Hey! My name is Aura. I'm 12 Years Old. Welcome to my sweet bloggie^^

Say Hi!

" Change with yours "

Memories

  • Blog Hana Tajima Tudung Style
  • Kebingungan
  • Omg ! Kerana Boyfriend Sanggup Hina Allah !!!
  • Anugerah Juara Lagu 26
  • Okay , aku sangat sayang kan kau walaupun ada rasa...
  • Mencintai Seseorang :D
  • Tak Sabar :)
  • Perbezaan Diantara Cinta , Sayang , Minat Dan Suka
  • Hati - hati Dengan Tindakan Anda
  • 19 Hadis Mengenai Wanita

  • Thanks!

    Basecode :AuraSabrina
    Basecode :Masterly_elmo
    Pictures : We Heart It